Dasar Privasi

  • I. PERNYATAAN DAN TUJUAN

    • Undang-undang yang Terpakai mengenakan beberapa tanggungjawab berkenaan dengan Pemprosesan Data Peribadi. Kumpulan Superior Essex menghormati privasi individu dan komited untuk mematuhi piawaian undang-undang yang dikenakan oleh Undang-undang yang Terpakai dalam amalan perniagaan kami yang melibatkan Pemprosesan Data Peribadi.
    • Kami bertanggungjawab dan komited untuk mematuhi prinsip-prinsip perlindungan data utama dan keperluan teras yang dinyatakan dalam Undang-undang yang Terpakai.
    • Dasar ini menerangkan prinsip-prinsip perlindungan data utama yang kami ikuti dan mencerminkan pendekatan kami berkenaan dengan rasa hormat terhadap privasi individu dan perlindungan Data Peribadi.
  • II. SKOP

    • Dasar ini terpakai kepada semua organisasi Kumpulan Superior Essex di EU, serta semua organisasi Kumpulan Superior Essex lain sekiranya mereka menerima apa-apa Data Peribadi daripada EU, atau sebaliknya tertakluk kepada Undang-undang yang Terpakai.
    • Data Peribadi akan Diproses mengikut Dasar dan Undang-undang yang Terpakai.
    • Dasar ini harus dibaca bersama dengan dasar-dasar lain yang telah disenaraikan dalam Bahagian XIII dalam Dasar ini. Kumpulan Superior Essex boleh melaksanakan dasar, prosedur atau amalan tambahan yang diperlukan untuk mematuhi Dasar ini atau dengan Undang-undang yang Terpakai.
    • Perlindungan Data merupakan tanggungjawab bersama bagi semua kakitangan dan unit perniagaan Kumpulan Superior Essex dan semua kakitangan dan unit perniagaan dijangka akan memahami dan mematuhi prinsip dan keperluan yang dinyatakan dalam Dasar ini.
  • III. DEFINISI

    • Selain perkataan yang didefinisikan di tempat lain dalam Dasar ini, perkataan berikut yang digunakan di sini mempunyai makna yang dinyatakan di bawah:
      1. “Sekutu” bermaksud mana-mana entiti, yang sebahagiannya atau sepenuhnya dikawal oleh, mengawal atau berada dalam kawalan bersama dengan entiti masing-masing.
      2. “Undang-undang yang Terpakai” bermaksud GDPR dan mana-mana undang-undang negara yang melaksanakan GDPR di negara-negara EEA.
      3. “Membuat Keputusan Automatik” bermaksud proses membuat keputusan berdasarkan pada Pemprosesan automatik semata-mata, termasuk Pemprofilan, Data Peribadi, yang menghasilkan kesan undang-undang tentang Subjek Data.
      4. “Pengawal” bermaksud mana-mana orang sebenar atau orang perundangan, pihak berkuasa awam, agensi atau badan lain, yang, secara bersendirian atau bersama dengan orang lain, menentukan tujuan dan cara Pemprosesan Data Peribadi.
      5. “Subjek Data” bermaksud orang sebenar yang dikenali atau dapat dikenal pasti yang berkaitan dengan Data Peribadi. Orang yang boleh dikenal pasti ialah orang yang dapat dikenal pasti, secara langsung atau tidak langsung, khususnya dengan merujuk kepada pengenal pasti seperti nama, nombor pengenalan, data lokasi, pengenal pasti dalam talian atau merujuk kepada satu atau lebih faktor yang khusus untuk identiti fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya atau sosial orang sebenar itu.
      6. “EEA” bermaksud Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area), yang merangkumi semua Negara Anggota EU berserta dengan Iceland, Liechtenstein dan Norway.
      7. “Tarikh Berkuat Kuasa” bermaksud 25 Mei 2018.
      8. “Pekerja” bermaksud pekerja sepenuh masa, pekerja sambilan, pekerja sementara, pekerja yang dilantik semula, pekerja yang diganti semula dan pekerja yang telah bersara dan bekas pekerja dan pelatih.
      9. “Organisasi” membayangkan aktiviti yang berkesan dan nyata melalui pengaturan yang stabil; bentuk sah untuk pengaturan sedemikian, sama ada melalui cawangan atau anak syarikat dengan personaliti undang-undang, adalah tidak relevan.
      10. “EU” bermaksud Kesatuan Eropah (European Union).
      11. “GDPR” bermaksud Peraturan (EU) 2016/679 Parlimen dan Majlis Eropah pada 27 April 2016 tentang perlindungan orang sebenar berkenaan dengan pemprosesan data peribadi dan pergerakan bebas data tersebut, dan memansuhkan Arahan 95/46/EC (Peraturan Perlindungan Data Am).
      12. “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Subjek Data. Data Peribadi merangkumi Data Peribadi Kategori Khas.
      13. “Dasar” bermaksud Dasar Privasi Am ini.
      14. “Pegawai Privasi” bermaksud individu yang ditetapkan bawah Bahagian XII di bawah.
      15. “Pemprofilan” bermaksud apa-apa bentuk Pemprosesan Data Peribadi secara automatik yang terdiri daripada penggunaan Data Peribadi untuk menilai aspek peribadi tertentu yang berkaitan dengan orang sebenar, khususnya untuk menganalisis atau meramalkan aspek-aspek yang berkaitan dengan prestasi orang sebenar itu di tempat kerja, keadaan ekonomi, kesihatan, pilihan peribadi, minat, kebolehpercayaan, tingkah laku, lokasi atau pergerakan.
      16. “Pemprosesan” bermaksud apa-apa operasi atau set operasi yang dilakukan terhadap Data Peribadi atau set-set Data Peribadi, sama ada dengan cara automatik ataupun tidak, seperti pengumpulan, rakaman, penyusunan, penstrukturan, penyimpanan, penyesuaian atau pengubahan, dapatan semula, perundingan, penggunaan, penzahiran melalui penghantaran, penyebaran atau sebaliknya penyediaan, penjajaran atau penggabungan, penyekatan, pemadaman atau pemusnahan.
      17. “Pelanggaran Data Peribadi” bermaksud pelanggaran keselamatan yang membawa kepada, secara tidak sengaja atau menyalahi undang-undang, pemusnahan, kerugian, pengubahan, penzahiran atau akses kepada tanpa kebenaran, Data Peribadi yang dihantar, disimpan atau sebaliknya Diproses oleh sistem entiti.
      18. “Data Peribadi Kategori Khas” merangkumi Data Peribadi yang mendedahkan asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah atau keahlian kesatuan sekerja, dan data genetik, data biometrik yang Diproses untuk tujuan mengenal pasti orang sebenar secara unik, data tentang kesihatan atau data tentang kehidupan seks atau orientasi seksual orang sebenar.
      19. “Kumpulan Superior Essex”, “kami” bermaksud Superior Essex Inc., sebuah syarikat Delaware, didaftarkan di Corporation Service Company, 251 Little Falls Drive, Wilmington, DE 19808, Essex Group, Inc., sebuah syarikat Michigan, didaftarkan di CSC-Lawyers Incorporating Service (Syarikat), 601 Abbot Road, East Lansing, MI 48823, Superior Essex International LP, sebuah perkongsian terhad Delaware, didaftarkan di Corporation Service Company, 251 Little Falls Drive, Wilmington, DE 19808, dan Sekutu mereka masing-masing.
  • IV. PRINSIP-PRINSIP PERLINDUNGAN DATA UTAMA

    • Apabila Memproses Data Peribadi, kami akan menggunakan prinsip-prinsip perlindungan data penting yang berikut:
      1. Kami akan Memproses Data Peribadi dengan cara yang sah di sisi undang-undang, saksama dan telus berhubung dengan Subjek Data (kemudian daripada ini, “Prinsip Kesahan, Kesaksamaan dan Ketelusan”);
      2. Kami hanya akan mengumpulkan Data Peribadi untuk tujuan yang tertentu, jelas dan sah dan kami tidak akan Memprosesnya selanjutnya dengan cara yang tidak bersesuaian tujuan-tujuan tersebut (kemudian daripada ini, “Prinsip Pembatasan Tujuan”);
      3. Kami akan memastikan bahawa Data Peribadi adalah mencukupi, berkaitan dan terhad kepada perkara yang perlu berhubung dengan tujuan-tujuan Pemprosesannya (kemudian daripada ini, “Prinsip Peminimuman Data”);
      4. Kami akan memastikan bahawa Data Peribadi adalah tepat dan, jika perlu, sentiasa dikemas kini dan bahawa setiap langkah yang munasabah akan diambil bagi memastikan bahawa Data Peribadi yang tidak tepat, dengan mengambil kira tujuan data itu Diproses, dipadam atau dibetulkan tanpa berlengah (kemudian daripada ini, “Prinsip Ketepatan”);
      5. Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi dalam bentuk yang membolehkan pengenalpastian Subjek Data untuk tempoh lebih lama daripada yang diperlukan bagi tujuan-tujuan Data Peribadi itu Diproses (kemudian daripada ini, “Prinsip Pembatasan Penyimpanan”);
      6. Kami akan Memproses Data Peribadi selaras dengan hak Subjek Data (kemudian daripada ini, “Hak Subjek Data”); dan
      7. Kami akan memastikan bahawa langkah-langkah teknikal, organisasi dan keselamatan yang sewajarnya diambil untuk melindungi Data Peribadi apabila Diproses, termasuklah melindungi daripada Pemprosesan yang dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan daripada kehilangan, kemusnahan atau kerosakan tidak sengaja (kemudian daripada ini, “Prinsip Keutuhan, Kerahsiaan dan Keselamatan” ).
  • A. Prinsip Pembatasan Tujuan

    • Semasa menjalankan perniagaan kami, kami mengumpulkan dan Memproses jenis Data Peribadi yang berlainan daripada kategori Subjek Data yang berlainan untuk berbagai-bagai tujuan. Kami akan mengenal pasti tujuan khusus, jelas dan sah terlebih dahulu dan kami akan mendokumenkannya dalam Rekod Aktiviti Pemprosesan kami (lihat Bahagian VIII). Kami akan memaklumkan kepada Subjek Data tentang tujuan ini apabila kami mula-mula mengumpulkan Data Peribadi atau secepat yang mungkin selepas itu (lihat subbahagian B seterusnya), melainkan pengecualian yang berkaitan diterima pakai.
    • Kami tidak akan Memproses Data Peribadi yang telah dikumpulkan untuk tujuan khusus, untuk tujuan tidak serasi yang berbeza, kecuali dibenarkan oleh Undang-undang yang Terpakai.
    • Jika anda berhasrat untuk Memproses Data Peribadi bagi tujuan yang berbeza daripada tujuan yang telah dikenal pasti pada mulanya, sila berhubung dengan Pegawai Privasi sebelum memulakan aktiviti Pemprosesan.
  • B. Prinsip Kesahan, Kesaksamaan dan Ketelusan

    • 1. Kesahan dan Kesaksamaan

    • Pemprosesan Data Peribadi hanya sah jika dibenarkan oleh Undang-undang yang Terpakai.
    • Kami hanya akan Memproses Data Peribadi berdasarkan salah satu alasan perundangan dibenarkan yang tersenarai dalam Undang-undang yang Terpakai. Alasan perundangan untuk Pemprosesan Data Peribadi yang kami paling lazim gunakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
      • Keperluan untuk melaksanakan kontrak yang Subjek Data menjadi pihaknya;
      • Keperluan untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang berasal dari EU dan kami tertakluk kepadanya;
      • Keperluan untuk tujuan kepentingan sah yang kami laksanakan sebagai Pengawal atau oleh pihak ketiga; dan/atau
      • Keizinan diberi oleh Subjek Data.
    • Kami menyasarkan untuk meminimumkan jumlah Data Peribadi Kategori Khas yang kami Proses. Kami hanya akan Memproses Data Peribadi Kategori Khas, jika dibenarkan di bawah Undang-undang yang Terpakai, sebagai contoh, apabila kami dikehendaki di sisi undang-undang untuk berbuat demikian atau dengan keizinan secara nyata daripada Subjek Data.
    • Kami akan mengenal pasti asas perundangan yang sewajarnya terlebih dahulu dan mendokumenkannya dalam Rekod Aktiviti Pemprosesan kami (lihat Bahagian VIII di bawah).
    • 2. Ketelusan

    • Selaras dengan Undang-undang yang Terpakai, sebelum kami Memproses Data Peribadi, kami akan memberikan perkara yang dikenali sebagai notis perlindungan data kepada individu dan di dalamnya kami menerangkan, pada kadar minimum, dengan cara yang mudah difahami oleh penerima, perkara yang berikut:
      • Identiti dan butiran hubungan entiti(-entiti) Kumpulan Superior Essex, yang merupakan Pengawal yang berkaitan;
      • Kategori Data Peribadi yang kami Proses;
      • Tujuan kami Memproses Data Peribadi dan asas sah untuk melakukannya;
      • Kepada siapa kami menzahirkan Data Peribadi;
      • Sama ada kami memindahkan Data Peribadi di luar EEA (termasuk negara destinasi dan mekanisme pemindahan yang digunakan);
      • Tempoh kami menyimpan Data Peribadi (atau, jika itu tidak dapat dinyatakan, kriteria yang kami gunakan untuk menentukan tempoh itu);
      • Hak-hak yang boleh dijalankan oleh Subjek Data berkenaan dengan Pemprosesan Data Peribadi mereka;
      • Sama ada peruntukan Data Peribadi merupakan keperluan statutori atau kontraktual, atau syarat yang diperlukan untuk mengikat kontrak, serta sama ada Subjek Data berkewajipan untuk memberikan Data Peribadi dan akibat yang mungkin berlaku kerana kegagalan untuk memberikan data sedemikian; dan
      • Kewujudan Membuat Keputusan Automatik, termasuk Pemprofilan dan dalam kes yang dikehendaki oleh GDPR, maklumat bermakna tentang logik yang terlibat, serta kepentingan dan akibat yang dijangkakan bagi Pemprosesan sedemikian untuk Subjek Data.
  • C. Prinsip Peminimuman Tujuan

    Kami akan melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang munasabah bagi memastikan bahawa apa-apa Data Peribadi yang kami Proses adalah mencukupi, berkaitan dan terhad kepada perkara yang diperlukan untuk tujuan yang kami Memprosesnya.

  • D. Prinsip Ketepatan

    Kami akan melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang munasabah bagi memastikan bahawa apa-apa Data Peribadi yang kami Proses adalah tepat dan terkini. Kami akan menyemak ketepatan apa-apa Data Peribadi pada waktu pengumpulan dan pada selang masa yang tetap selepas itu. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memusnahkan atau meminda data yang tidak tepat atau lapuk.

  • E. Prinsip Pembatasan Penyimpanan

    Kami akan melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang munasabah supaya kami tidak menyimpan Data Peribadi lebih lama daripada yang diperlukan untuk tujuan(-tujuan) data itu dikumpulkan atau sebaliknya sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh Undang-undang yang Terpakai dan selaras dengan Dasar Pengekalan Rekod Kumpulan Superior Essex. Kami mengambil semua langkah yang munasabah untuk memusnahkan, atau memadam secara selamat daripada sistem dan rekod kami, semua Data Peribadi yang tidak diperlukan lagi.

  • F. Hak Subjek Data

    Kami menghormati hak yang diberi kepada Subjek Data di bawah Undang-undang yang Terpakai, khususnya:

    • Hak akses: Subjek Data boleh meminta maklumat tentang Data Peribadi mereka yang kami bertanggungjawab menyimpannya dan meminta salinan data tersebut.
    • Hak untuk pembetulan: Subjek Data boleh meminta pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat dan meminta data yang tidak lengkap supaya dilengkapkan.
    • Hak untuk memadam: Subjek Data boleh meminta pemadaman Data Peribadi mereka, jika data tidak tepat atau Diproses dengan cara yang tidak bersesuaian dengan tujuan kami.
    • Hak untuk kemudahalihan data: jika kami Memproses Data Peribadi atas dasar kontrak dengan Subjek Data ataupun berdasarkan keizinannya, Subjek Data boleh meminta untuk menerima Data Peribadinya dalam format berstruktur yang biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin, dan meminta kami memindahkan data sedemikian kepada pihak ketiga, jika secara teknikal perkara itu dapat dilaksanakan.
    • Hak untuk menyekat: Subjek Data boleh meminta untuk mengehadkan Pemprosesan Data Peribadinya.
    • Hak untuk membantah: Subjek Data boleh membantah atau menentang Pemprosesan Data Peribadinya.
    • Hak untuk membuat aduan: Subjek Data boleh membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten di dalam Kesatuan Eropah yang terletak di tempat tinggal biasa mereka, tempat kerja atau tempat dakwaan pelanggaran.
    • Hak untuk menolak atau menarik balik keizinan: Subjek Data boleh menolak daripada memberikan keizinan Pemprosesan Data Peribadi mereka dan boleh menarik balik keizinan pada bila-bila tanpa apa-apa kesan negatif yang buruk.
    • Hak untuk tidak tertakluk kepada keputusan yang berdasarkan Pemprosesan automatik semata-mata: Subjek Data mempunyai hak untuk tidak tertakluk kepada keputusan yang berdasarkan Pemprosesan automatik semata-mata (iaitu, Membuat Keputusan Automatik), termasuk Pemprofilan yang menghasilkan kesan undang-undang berkenaan dengannya atau serupa juga menjejaskannya dengan ketara, tertakluk kepada pengecualian yang diberi oleh GDPR.

    Undang-undang yang Terpakai mengenakan rangka masa terhad dan dalam tempoh itu kami mesti memberikan respons kepada permintaan Subjek Data yang sah. Apa-apa permintaan daripada Subjek Data hendaklah segera dimajukan kepada Pegawai Privasi, (lihat Bahagian XII).

  • G. Prinsip Keutuhan, Kerahsiaan dan Keselamatan

    • Untuk melindungi Data Peribadi yang kami Proses, kami akan melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang munasabah terhadap Pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau melanggar undang-undang dan terhadap kehilangan, kemusnahan atau kerosakan Data Peribadi yang tidak disengajakan.
    • Langkah-langkah sedemikian akan merangkumi seperti yang bersesuaian:
      • Menggunakan pseudonim dan penyulitan Data Peribadi;
      • Keupayaan untuk memastikan kerahsiaan, keutuhan, ketersediaan dan ketahanan sistem dan perkhidmatan Pemprosesan yang berterusan;
      • Keupayaan untuk memulihkan ketersediaan dan akses kepada Data Peribadi pada masa yang tepat sekiranya berlaku kejadian fizikal atau teknikal;
      • Proses untuk menguji, menaksir dan menilai keberkesanan langkah-langkah teknikal dan organisasi secara tetap bagi memastikan keselamatan Pemprosesan.
  • V. PERLINDUNGAN DATA SECARA TERATUR DAN SECARA LALAI

    • Kami akan melakukan usaha yang munasabah, pada masa penentuan kaedah Pemprosesan dan juga pada masa Pemprosesan itu sendiri, untuk melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai, menggunakan pseudonim yang direka untuk melaksanakan prinsip-prinsip perlindungan data utama yang ditetapkan dalam Bahagian III Dasar ini dengan cara yang berkesan dan untuk menyepadukan perlindungan yang diperlukan dengan Pemprosesan bagi memenuhi keperluan Undang-undang yang Terpakai.
    • Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai supaya, secara lalai, hanya Data Peribadi yang diperlukan bagi setiap tujuan tertentu dalam Pemprosesan yang Diproses.
    • Sesetengah Pemprosesan yang kami jalankan boleh menyebabkan risiko privasi, hak dan kebebasan individu dan, apabila diperlukan oleh Undang-undang yang Terpakai, kami akan menjalankan penilaian kesan terhadap perlindungan data untuk menilai kesan operasi Pemprosesan yang dijangkakan terhadap perlindungan Data Peribadi, keperluan dan perkadaran operasi Pemprosesan berhubung dengan tujuan dan risiko terhadap hak dan kebebasan individu yang berkenaan serta langkah-langkah yang diambil untuk menangani risiko tersebut.
  • VI. AMALAN PENZAHIRAN DATA PERIBADI

    Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk membenarkan akses kepada Data Peribadi hanya kepada mereka yang mempunyai tujuan sah untuk mengakses dan mereka yang memerlukan akses sedemikian untuk melaksanakan tanggungjawab pekerjaan mereka dan, jika berkenaan, tertakluk kepada perlindungan yang sesuai.

    • A. Intrakumpulan

      Apabila kami berkongsi Data Peribadi dalam Kumpulan Superior Essex, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan pematuhan dengan prinsip perlindungan data utama yang disenaraikan dalam Bahagian IV Dasar ini. Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan Perjanjian Pemprosesan dan Pemindahan Data Intrakumpulan Global.

    • B. Pihak Ketiga

      Apabila kami berkongsi Data Peribadi dengan pihak ketiga, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjalankan usaha wajar, jika sesuai, dan untuk melaksanakan perlindungan kontraktual atau perlindungan lain yang sesuai, yang antara lainnya, mengandungi peruntukan untuk memastikan perlindungan keutuhan, ketersediaan dan kerahsiaan Data Peribadi.

  • VII. AMALAN PEMINDAHAN DATA ANTARABANGSA

    Apabila kami memindahkan Data Peribadi ke negara atau wilayah lain, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa perlindungan yang diberikan kepada Data Peribadi di negara asal terpakai kepada Data Peribadi yang dipindahkan dan pemindahan tersebut akan berlaku mengikut Undang-undang yang Terpakai.

    • <h3″>A. Intrakumpulan

      Kami memindahkan Data Peribadi ke entiti Kumpulan Superior Essex yang ditubuhkan di luar EEA, selaras dengan Perjanjian Pemprosesan dan Pemindahan Data Global Intrakumpulan yang telah kami buat berdasarkan fasal kontraktual piawaian Suruhanjaya Eropah. Kadang-kadang, pemindahan mungkin berlaku menggunakan mekanisme pemindahan data alternatif, seperti Fasal Kontraktual Piawaian EU, atau atas dasar penghentian statutori yang dibenarkan.

    • B. Pihak Ketiga

      Pemindahan kepada pihak ketiga yang ditubuhkan di luar EEA hanya akan berlaku jika negara ketiga memastikan tahap perlindungan yang mencukupi atau menggunakan mekanisme pemindahan data yang boleh diterima, seperti Perisai Privasi EU-AS untuk pemindahan kepada organisasi AS yang diperakui sendiri, fasal kontraktual standard Suruhanjaya Eropah, Peraturan Korporat Terikat, Tatakelakuan dan Pensijilan yang diluluskan atau dalam keadaan luar biasa atas dasar pengurangan statutori yang dibenarkan.

  • VII. AMALAN PEMINDAHAN DATA ANTARABANGSA

    Kami akan menyimpan rekod terkini semua aktiviti Pemprosesan mengikut Undang-undang yang Terpakai. Rekod ini mesti mengandungi sekurang-kurangnya:

    • Nama dan butiran hubungan Pengawal;
    • Tujuan dan asas perundangan untuk Pemprosesan;
    • Penerangan tentang kategori Subjek Data dan kategori Data Peribadi;
    • Kategori penerima yang kepadanya Data Peribadi telah atau akan dizahirkan termasuk penerima di negara ketiga atau organisasi antarabangsa;
    • Mekanisme pemindahan yang digunakan untuk pemindahan antarabangsa Data Peribadi dan organisasi negara/antarabangsa yang dipindahkan ke;
    • Had masa yang dijangkakan untuk memadam kategori Data Peribadi yang berlainan; dan
    • Penerangan umum langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi Data Peribadi.
  • IX. LATIHAN

    Kami akan melatih pekerja kami tentang dasar dan prosedur perlindungan data kami.

  • X. AUDIT

    Kami akan membangunkan dan menyelenggarakan prosedur penilaian sendiri dan pematuhan audit terhadap dasar-dasar ini dan yang berkaitan untuk meringankan dan memulihkan sebarang ketakpatuhan.

  • XI. PERTANYAAN DAN ADUAN

    • Sebarang pertanyaan berhubung dengan Dasar ini boleh dirujuk kepada Pegawai Privasi. Mana-mana individu, termasuk Subjek Data, yang percaya bahawa Dasar ini telah dilanggar, boleh mengemukakan aduan kepada Pegawai Privasi
    • Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau komen tentang Pernyataan Privasi ini, sila hantar e-mel ke [e-mel dilindungi] atau hubungi kami menerusi talian 770-657-6436 . Anda boleh menghantar komen bertulis ke: Superior Essex Legal Department, 5770 Powers Ferry Road, Suite 300, Atlanta, GA 30327.
  • XII. RANGKAIAN PERLINDUNGAN DATA

    Kami memperuntukkan tanggungjawab untuk pematuhan dengan Undang-undang yang Terpakai pada peringkat pengurusan kanan, merentasi unit perniagaan, kumpulan fungsian dan geografi. Sebarang permintaan, pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan Dasar ini, dasar perlindungan data yang berkaitan atau Undang-undang yang Terpakai juga boleh dialamatkan kepada Naib Presiden, Sumber Manusia Global sepertimana yang sewajarnya. Naib Presiden, Sumber Manusia Global, boleh berunding dengan Pegawai Privasi yang ditetapkan untuk entiti Kumpulan Superior Essex yang berkaitan dengan permintaan, pertanyaan atau aduan.

  • XIII. DASAR, STANDARD, GARIS PANDUAN DAN RUJUKAN YANG BERKAITAN

    Kami akan menyediakan menerusi intranet apa-apa dasar, standard, garis panduan dan rujukan yang berkaitan.

  • XIV. KETAKPATUHAN

    Pelanggaran Dasar ini yang membawa kepada penggunaan atau penzahiran Data Peribadi yang tidak dibenarkan boleh mengakibatkan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Di samping itu, individu mungkin menghadapi liabiliti sivil, kontraktual atau jenayah.

  • XV. PERUBAHAN KEPADA DASAR INI

    Kami berhak untuk mengubah suai Dasar ini seperti yang diperlukan untuk mencerminkan perubahan undang-undang, amalan dan prosedur kami, atau keperluan yang dikenakan oleh pihak berkuasa penyeliaan.

XVI. KOD ETIKA

Klik platform di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi!